Monday, February 21, 2005

Jom BERSAMA!

Actorlympics
Tarikh
:2-Mar-2005- 6-Mar-2005
Lokasi: The Actors Studio Bangsar
Saksikan pertunjukkan dari pelawak-pelawak terbaik Malaysia dalam pertunjukkan secara langsung yang memerlukan mereka berjenaka secara spontan untuk 'mengalahkan lawan' dalam sebuah persembahan teater. Mereka akan mengetengahakan isu-isu sukan seperti 'Stand Up Sit Down Bend Over' & 'Line In a Bucket'. Penampilan seperti Afdlin Shauki, Harith Iskandar, Ida Nerina & Jason Lo pasti membuat para penonton tidak kering gusi.


Persembahan Wayang Kulit: Siti Dewi Diculik
Tarikh:18-Feb-2005- 22-Feb-2005
Lokasi: Malaysia Tourism Centre
Dalam persembahan ini, Sri Rama telah mengalahkan Rawana dalam satu pertandingan memanah. Untuk membalas dendam, Rawana bercadang untuk menculik Siti Dewi dari Sri Rama. Bermacam-macam ilmu telah digunakan. Akhirnya beliau berjaya juga melarikan wanita tersebut. Berjayakah Sri Rama selamatkan Siti Dewi? Untuk mengetahui kesudahan kisahnya, tontonilah pertunjukkannya.


Persembahan Bangsawan: Megat Panji Alam
Tarikh
:25-Feb-2005- 27-Feb-2005
Lokasi: Malaysian Tourism Centre
Skrip dan arahan cerita ini oleh Rahman B. Ia mengisahkan Tun Teja Puteri Bendahara Sri Buana di negeri Inderapura yang berasa sedih kerana ditunangkan dengan Megat Panji Alam dari Terengganu, demi merapatkan kedua-dua negeri. Ikuti kisah selanjutnya dengan menyaksikan persembangan ini.


Teater: Cik Siti Wan Kembang
Tarikh
: 6-Mar-2005
Lokasi: Panggung Percubaan UPM
Bersempena dengan Malam Tradisi Sastera Rakyat ke-20, UPM akan mengadakan persembahan teater. Ia menyingkap zaman pemerintahan raja perempuan di Kelantan yg telah memartabatkan perempuan sebagai pemimpin.


Program Amal Fund Fair
Tarikh
: 26-Feb-2005
Lokasi: Putra Bridge (beside Putra Mosque)
Acara ini dianjurkan untuk mengisi Tabung Bencana Negara. Ia diadakan untuk membantu golongan yang ditimpa bencana alam di negara kita. Penampilan beberapa artis popular juga akan meyerikan lagi majlis tersebut. Selain itu, dapatkan barangan milik mereka di gerai-gerai jualan lambak yang akan dibuka. Sempena dengan Chap Goh Meh, perarakan Chingay, pertunjukan tarian naga, Chap Goh Meh Hunt dan pertandingan membaling buah limau juga akan diadakan.


Derma: Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah
Tarikh
:31-Jan-2005- 28-Feb-2005
Rumah kebajikan ini masih lagi dalam pembinaan serta memerlukan sumbangan orang ramai untuk memastikan ianya dapat diteruskan. Di samping itu, anak-anak yatim yang bakal ditempatkan di pusat ini turut mengalu-alukan sumbangan buku-buku dan pakaian untuk keselesaan dan pendidikan mereka.
Tel: 03-3324 7758


Keperluan Harian untuk "Compassion Home"
Tarikh
:28-Jan-2005- 28-Feb-2005
Lokasi: Compassion Home
Compassion Home menjaga kanak-kanak yatim, terbiar, didera dan diabai. Rumah tersebut menerima sumbangan keperluan harian. Barangan kebersihan, makanan,alat-alat tulis, permainan dan sabun pencucui baju adalah dialukan. Anda juga boleh memberi tuisyen kepada kenak-kanak ini jika mahu.
Nombor telefon: 03-56379366 / 012-6530531 (Paul)
Alamat e-mel: compassion_home@yahoo.com


Sukarelawan diperlukan oleh AWAM (Persatuan Gerakan Wanita)
Tarikh
:27-Jan-2005- 26-Feb-2005
Lokasi: All Women's Actions Society (AWAM)
AWAM sedang mencari sesiapa saja yang berminat untuk menyumbangkan tenaga dalam bidang-bidang ini: menulis artikel, pengucapan awam, kajiselidik dan kerja-kerja dokumentasi seperti ilustrusi dan rekabentuk.Khidmat lain yang diperlukan termasuklah penganjur majlis, pengutip derma, kaunselor menerusi talipon dan mereka yang berminat untuk bekerja dengan golongan muda-mudi.


Sukan : Futsal Wanita 3R
Tarikh
:19-Mar-2005
Lokasi: Sports Planet
Futsal Wanita 3R kembali lagi. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, satu pertandingan akn dianjurkan. Anda tak perlu pandai bermain, hanya kumpulkan 8 kawan sepasukan, dan alamilah keseronokannya!

SUMBER : http://era.fm dan http://sinar.fm

Bolehlah rancang untuk pergi bersama antara kita gengjurnal. penuhilah masa cuti anda dengan pelbagai aktiviti berfaedah.

1 comment:

Tok Rimau said...

Lawa betul template ni.