Sunday, February 20, 2005

Lumba Foto Februari

Tema Lumba Januari: SENIBINA



Bukan sahaja dunia malah negara kita sendiri banyak senibina yang menarik. Dan tentunya tangan tidak sabar mengetik-ngetik mengambil gambar untuk dibuat kenangan. Inilah peluang untuk berkongsi gambar senibina menarik yang pernah anda ambil.


apa lagi - jom lumba!



Contoh:

Tarikh tutup: 1 Mac 2005


Syarat-syaratnya

  1. Foto mestilah tidak melebihi 500 pixel lebar agar tidak merosakkan paparan forum.
  2. Foto hendaklah asli. Bukan dicuri.
  3. Foto hendaklah beradab sopan. Gambar bogel tidak diterima.
  4. Admin berhak menyingkir mana-mana foto yang tidak bersopan.
  5. Maksimum 3 foto setiap ahli untuk setiap bulan.
  6. Foto yang keterlaluan penyuntingan via photoshop akan ditolak. Kami tidak mahu gambar Siti disuperimpose dengan kepala arnab.
  7. Keputusan hakim muktamad.
  8. Hadiah misteri: (Dari puji-pujian, doa hinggalah ke tambang pergi balik ke Jepun. Kami belum buat keputusan tentang hadiah yang sesuai.). Terpulang kepada penaja.
  9. Lihat tutorial cara memasukkan gambar ke forum: http://www.jurnal.biz/forum/viewtopic.php?p=46420#46420
  10. Setiap penyertaan mestilah diikuti dgn: Tajuk Foto, Nama dan e-mail/weblog url.


OP




RUJUK : - http://jurnal.biz/forum/viewtopic.php?t=3533